23 Nov 2011

Kecergasan Fizikal (3)

1.6 Daya Tahan Otot
 Aktiviti seperti naik turun bangku ,tekan tubi,bangkit tubi lutut bengkok,dan ketingting melepasi halangan dapat meningkatkan daya tahan otot.
Daya tahan otot ialah kemampuan otot kita melakukan pergerakann yang berulang-ulang dalam tempoh yang lama tanpa berasa letih.

Akitiviti yang Dapat Meningkatkan Daya Tahan Otot

Dalam pendidikan jasmani ,pelbagai aktiviti dilakukan untuk meningkatkan daya tahan otot.Antara aktiviti tersebut termasuklah mendagu,skiping ,dan imbangan V.





Lakukan aktiviti secara berulang-ulang dapat meningkatkan daya tahan otot.








1.7 Kekuatan

Aktiviti seperti memanjat ,bergayut,dan melompat melibatkan kekuatan otot tangan dan kaki.

Aktiviti-aktiviti di bawah membantu meningkatkan kekuatan otot abdomem,tangan ,dan kaki. Apabila otot
bertambah kuat ,kita boleh melakukan aktiviti dengan lebih mudah.


1.8 Masa Tindak Balas
Masa tindak balas ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk membuat keputusan bergerak dengan pantas .Perhatikan aktiviti di bawah yang memerlukan masa tindak balas yang pantas.

Masa Tindak Balas dalam Pelbagai Situasi
Tindak balas yang pantas ialah masa bertindak secara spontan dalam pelbagai situasi dalam waktu yang singkat .Ini penting dalam situasi permainan dan semasa melakukan aktiviti-aktiviti harian.





4 Nov 2011

Kecergasan Fizikal(2)

 1.2 Fleksibiliti
Fleksibiliti ialah keupayaan meregangkan otot dan menggerakkan sendi-sendi dengan bebas.Kita boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti regangan yang dapat meningkatkan tahap fleksibiliti kita.



Tumpuan kepada otot-otot bahagian atas anggota badan.













    Tumpuan kepada otot-otot bahagian bawah anggota badan.
Pelbagai Akitiviti yang meningkatkan Fleksibiliti
Berjalan melepasi gelung rotan

Fleksibiliti dalam Aktiviti Sukan
Tahap fleksibiliti yang baik dapat meningkatkan persembahan dalam sukan. Berikut ialah acara sukan yang melibatkan fleksibiliti: 

1.3Koordinasi
Koordinasi bermaksud keupayaan kita menyelaraskan pergerakan anggota-anggota badan contohnya keselarasan antara mata,tangan ,kaki,dan badan.

1.4 Imbangan
Imbangan ialah kebolehan mengawal atau mengekalkan diri dengan stabil semasa melakukan aktiviti.
               






1.5 Ketangkasan
Lari selang-seli melalui skital ialah aktiviti yang melibatkan ketangkasan otot kaki,pinggang ,dan abdomen.Aktiviti ini boleh dimainkan di padang atau di dalam dewan,Untuk melakukan aktiviti ini ,lihat panduan di bawah.










 








1 Nov 2011

Kecergasan Fizikal

 Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
 
Kecergasan Fizikal
1.1Daya Tahan Kardiovaskular
Aktiviti skip,berbasikal,berjoging,dan berenang adalah antara senaman yang boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular kita.

Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik.
Bagaimanakah Tahap Kecergasan Kardiovaskular Dapat Ditingkatkan?
Kita dapat meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular apabila kita melakukan aktiviti seperti yang berikut:
1.  melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu secara berselang-seli.
2.  bersenam secara berterusan sekurang-kurangnya 20minit hingga 30 minit setiap kali    bersenam.
3.  melakukan pelbagai aktiviti senaman.

Kesan Senaman Terhadap Daya Tahan Kardiovaskular pada Jantung
Senaman daya tahan kardiovaskular yang dilakukan secara konsisten dapat:
1. menguatkan otot jantung
2. meningkatkan tahap kecergasan fizikal
Badan Sihat Otak Cergas
3. menurunkan kadar nadi rehat

Senaman Ritma
Senaman ritma ialah senaman yang boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan dengan mengikut rentak muzik.Sekiranya kita melakukan senaman ritma antara 20minit hingga 30 minit,tiga kali seminggu,kita boleh menguatkan jantung kita.Kesannya,kita tidak mudah letih sewaktu beraktiviti.
     
Senaman Ritma






Senaman ini boleh dilakukan secara berperingkat mengikut kelajuan ,iaitu perlahan,sederhara,dan pantas.










Free Lazy Cursors at www.totallyfreecursors.com