1 Nov 2011

Kecergasan Fizikal

 Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
 
Kecergasan Fizikal
1.1Daya Tahan Kardiovaskular
Aktiviti skip,berbasikal,berjoging,dan berenang adalah antara senaman yang boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular kita.

Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik.
Bagaimanakah Tahap Kecergasan Kardiovaskular Dapat Ditingkatkan?
Kita dapat meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular apabila kita melakukan aktiviti seperti yang berikut:
1.  melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu secara berselang-seli.
2.  bersenam secara berterusan sekurang-kurangnya 20minit hingga 30 minit setiap kali    bersenam.
3.  melakukan pelbagai aktiviti senaman.

Kesan Senaman Terhadap Daya Tahan Kardiovaskular pada Jantung
Senaman daya tahan kardiovaskular yang dilakukan secara konsisten dapat:
1. menguatkan otot jantung
2. meningkatkan tahap kecergasan fizikal
Badan Sihat Otak Cergas
3. menurunkan kadar nadi rehat

Senaman Ritma
Senaman ritma ialah senaman yang boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan dengan mengikut rentak muzik.Sekiranya kita melakukan senaman ritma antara 20minit hingga 30 minit,tiga kali seminggu,kita boleh menguatkan jantung kita.Kesannya,kita tidak mudah letih sewaktu beraktiviti.
     
Senaman Ritma






Senaman ini boleh dilakukan secara berperingkat mengikut kelajuan ,iaitu perlahan,sederhara,dan pantas.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Lazy Cursors at www.totallyfreecursors.com